Sunday, June 19, 2016

Air Lemuju..air lemuju ini di rumah orang India satu kemestian atau first aid kit untuk sebu /angin perut dan sakit perut.

Nama omputih "ajwain seed" atau kdg gelar "karom"...Rupa dia seperti biji jintan putih. Aroma dia sama dengan rempah barat "thyme". Aroma sama dengan thyme kerana biji lemuju juga mengadungi bahan aktif "tymol" seperti rempah thyme.

Bahan thymol ada lah sangat berkesan untuk membunuh bakteria dan fungus dan microorganisma bahaya.  Tymol digunakan untuk membunuh bakteria dibahagian mulut dan kerongkong. Tymol juga digunakan bahan dlm ubat gigi dan juga bahan utama dalam bahan kumur "Listerine"..bau listrine yg original ada thymol.

Dari praktik mamak haji..suka kumuh dengan air lemuju sebelum tidur dan minum 1/4 cawan air lemuju ini bila makan nasi beriani atau lauk kambing di jamuan malam hari..sangat baik untuk sistem penghadaman.

Selain itu kalau muruku orang India pasti gunakan lemuju ini untuk buang angin..kerana muruku itu dibuat dari kekacang dan juga kandungan minyak yg lebih sedikit ini akan menyebabkan gas /angin dlm perut. Lemuju boleh kurangkan.

Juga dikenali dengan nama Daun Jinten, Bangun-bangun, Daun Hati-hati, Oregano Malaysia, Indian Borage, Cuban Oregano, Tramun, Acerang, Mahja, Nereng dan Iwak.Nama saintifik lain : Coleus amboinicus atauPlechtranthus amboinicus.Mempunyai batang separa berkayu, beruas dan mudah patah.Ruas yang menempel di tanah akan tumbuh akar.Batang yang masih muda berwarna hijau muda dan berbulu.Daun tunggal yang tebal, bentuk bujur telur, tepi bergigi dan permukaanya berbulu.Daun dan batangnya yang patah, dihancurkan atau diramas akan mengeluarkan cecair berwarna coklat kehitaman.Mempunyai rasa yang kuat, berbau harum dan membuat rasa pedar di lidah serta sedikit masam.Seluruh tanaman boleh digunakan untuk perubatan.Tumbuhan ini digunakan sebagai herba atau rawatan alternatif bagi merawat asma, batuk, demam, sariawan, sakit kepala, reumatik, perut kembung dan perangsang syahwat mengikut dos yang tertentu.Hidup dengan baik di tempat teduh atau separa teduh dengan tanah yang tidak menakung air.Sekiranya di tempat panas, daun akan mengecil dan jarang-jarang.